Khas Buat Sahabat-sahabatku...
Amat sukar dicari apa itu sahabat
Inikan pula sahabat sejati
Tetapi sepanjang perjalanan kehidupan ini
Aku mula mengerti siapa sahabat
Sahabat yang sentiasa membimbing aku ke jalanNya
Aku gembira, rasa hiba tiada dirasa
Jika ada sahabatku bersamaku
Sejak dulu dibangku sekolah lagi
aku bersama-sama kalian
Menuntut ilmu tiada penghabisan
Disitu aku mengenali yang mana kawan dan yang mana lawan
Bukan aku memilih tapi aku cuba melakar corak kehidupan
agar aku dapat menjaga akhlak tatkala jauh dimata ibu dan ayah
Dan aku yakin kerana sahabat yang baik dapat membimbing aku
ke jalan Ilahi
Dan kini dewasanya aku
Aku bertemu dengan lebih ramai sahabat
Hidupku penuh warna
Bagai pelangi yang cantik coraknya
Menghiasi awan biru kehidupanku
Aku hargai setiap mereka yang hadir mewarnai dan menghiasi keindahanku
Moga kita sentiasa bersama hanya keranaNya
Aku kian merindui sahabat yang 'jauh' dariku
Teringat kenangan bersama yang telah kita coretkan
Yang kininya hanya bisa dikenang
suka dan duka, yang tidak mungkin pernah padam dari ingatan
Biar ia bersemi untuk selamanya sahabatku.
S A H A B A T K U ..
1- Kita berjumpa kerana takdir.
Kita berkawan kerana kasih sayang
Kita bersama kerana hati.
Kita bergaduh kerana harga satu ikatan.
TAPI yang paling penting, SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA.
TanpaNya tak mungkin sekarang terjadinya 1 Jalinan Hati. 1 Rahsia Rasa.
Yang mempunyai sejuta maksud pada jiwa-jiwa yang memahami erti persahabatan.
TRUE FRIENDS are like morning,
You can't have THEM the whole day,
But You can be sure THEY will be there
when you wake up tomorrow, next week, next year and forever.
AL FATIHAH BUAT SAHABATKU NUR HATIKA BT SHAARI :)
DEAR BESTFRIENDS : NORAINI NASUTION
OTHERS : SYIFA' , SYAFAWANI , DAN LAIN2 :*
You're true blue, I'm ragging red, together we're passionate purple, we clash at time, but we also mixed when we oppose each other, but when we work together, we blend like beautiful music, I guess that why we're friend until the end.
I ask ALLAH to .. make you happy , make you smile , guide you safely through every mile,
grant you wealth, give you health and most of all grant you a successful life.
InsyaAllah ..

Ya Rabbi,selimuti istirahat sahabatku ini dengan kemuliaanmu
Hapuskan segala kesusahan dari hatinya,
Bangunkan dirinya saat tahajuddMu tiba
Rahmati dirinya kala waktu subuhMu menyapa
Hamparkan waktu-waktu yang diinfakkan keranaMU dengan sebaik-baik amalan
Perkenankanlah Ya Allah
Ya Allah , andai sahabatku resah ,tenangkanlah hatinya
dengan teduhan ma'rifahmu
Andai dirinya terancam lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu
Andai tubuhnya kedinginan selimutkanlah kehangatan kasih sayangMu
Rindukan Jiwanya dengan saat bertemu denganMu
Ya Allah, jangan kau biarkan hati ,jiwa , dan jasadnya terpesona dengan duniawi
Khusyukkan hatinya dalam rukuk dan sujudnya menghdapMu
Berikanlah kejayaan didunia dan akhirat kepanya. AMEEN .
::UKHUWAH ITU INDAH::
::Saya sayang sahabat saya::
::Kita semua sahabat selamanya::
No comments:
Post a Comment