welcome to my blog

Friday, 2 August 2013

Ramadhan , Raya dan Trial

Bumi sekarang ligat berpusing..mungkin lah... sebab cepat sangat masa berlalu. aku rasa mcm baru je aku melangkah ke alam sweet 17. pejam celik pejam celik dah bulan 8 . Dah nak rayaaaa! :O ohhh betul ke dh nk raya ni? mcm tak caya. cepatnya ramadhan berlalu pergi. :( dear ramadhan we will miss you.
      Harini hari terakhir jumaat bulan ramadhan tahun ni. Dan tak mustahil boleh jadi ramadhan yang terakhir. Kita tak tahu apa yang dah tertulis untuk kita. betul tak?.. Ramadhan tahun ni awal-awal lagi aku dah azam nak perbaiki diri aku yang serba kekurangan ni . Yelah , mana ada orang yang sempurna. Kalau bukan kita yang ubah diri kita untuk menjadi yang lebih baik , siapa lagi? Dan kalau bukan kita sendiri yang mengubahnya selama-lamanya kita takkan berubah . Tambah-tambah lagi trial SPM dah nk dekat. seminggu lepas raya dah start trial. GILA TAK TENSION?? tapi aku yakin se-tension mana pun kita kalau kita usha lebih dan tawakkal pada-Nya insha Allah boleh berjaya. InshaAllah aku takkan hampakan ibu dan ayah lagi.
      Haa , ramadhan tahun ni mcm biasa ibu lah orang yang paling busy. Ramai yang order kuih raya kat ibu. Sampai tak cukup tangan. Kadang2 aku kesian tengok ibu. Dia bersengkang mata kadang2 sampai pukul 2 pagi nak siapkan kuih raya semua tu. Bila aku tengok ibu tidur sekejap aku pandang wajah ibu. Satu perasaan yang aku taktau nak ckp  mcm mana. Ibu nmpak letih sangat :( Tapi ini lah yang dianamakan rezeki. kan? Ibu usha untuk tolong ayah cri rezeki. SAYANG IBU KETAT-KETAT. Ibu , kita taktahu mcm mana hidup kita kalau ibu takde. kita tak mampu hidup tanpa ibu. sebab kita sayang ibu sangat-sngat. Takpe , nanti kalau kita dah besar kita senangkan ibu ok. kita jaga ibu mcm mana ibu jaga kita selama ni. kita akan tunaikan apa yang ibu nak .inshaAllah. :*

XOXO -SN-